Khamis, 1 Disember 2011

fadhilat surah al-kahfi


Imam Ahmad berkata : 'Daripada Abi Darda' daripada Nabi s.a.w, baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah al-Kahfi maka terhindar daripada Al-Dajjal."

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Junaini daripada bapanya Nabi Muhammad s.a.w., bersabda: " Sesiapa ,membaca awal dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

... Daripada Umar berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda: " Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat."

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al-Juhaini dari Ibnu Al-Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an : " Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya."

Daripada Syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: " Sesiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan